KUALA LUMPUR: Teroka Majubina Sdn Bhd dan Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang memeterai memorandum persefahaman (MoU) bagi membangunkan sebuah Kompleks Limbungan Kapal Hibrid di Tanjung Agas, Pekan, Pahang.
Menerusi MoU itu yang ditandatangani baru-baru ini, kompleks yang dijadualkan beroperasi pada pertengahan tahun 2025 itu merangkumi kawasan seluas 404.6 hektar menempatkan enam dry docks yang sepanjang 500 meter, dikelilingi oleh 12 dermaga.
Pengerusi Teroka Majubina, Datuk Mohd Isa Abu Kasim berkata, pembinaan kapal, penyelenggaraan kapal, green ship recycling, offshore marine engineering dan decommissiong merupakan antara fungsi utama kompleks limbungan hibrid tu.
"Kemudahan ini akan menjadi limbungan yang pertama di dunia yang bakal menggunakan 100 peratus sumber yang boleh diperbaharui.
"Malah, kemudahan ini juga akan menjadi fasiliti terbesar kitar semula hijau di Asia Tenggara," katanya dalam kenyataan di sini.
Dalam pada itu, Mohd Isa menambah, sebuah stesen jana kuasa biomass 200MW yang menggunakan tandan kosong kelapa sawit akan turut dibina di dalam kompleks berkenaan.
Beliau memberitahu, pembinaan projek itu dijangka akan dimulakan pada Mac tahun depan dan akan beroperasi sepenuhnya pada Jun 2025.
"Projek ini sangat tepat pada masanya kerana Hong Kong Convention 2009 akan dikuatkuasakan pada Jun 2025, di mana mengikut konvensyen ini, kapal atau struktur pelantar minyak atau gas tidak boleh dihantar dari Negara A ke Negara B tanpa kepentingan yang munasabah.
"Oleh itu, projek ini akan membantu kapal-kapal milik Malaysia dan pelantar-pelantar minyak dan gas milik Malaysia dapat dikitar semula secara selamat mengikut tatacara-tatacara International Maritime Organisation (IMO).
"Pada masa yang sama, European Union Regulations No 1257/2013 akan diperoleh oleh shipyard ini melalui konsultan-konsultan dari Eropah," jelasnya.
Beliau memberitahu, Selat Melaka dilalui lebih 90,000 buah kapal setiap tahun dan kedudukan Laut China Selatan yang strategik akan menjadi kelebihan kepada projek ini untuk berjaya.
Justeru katanya, projek itu akan menjadi satu kemegahan kepada Malaysia dalam pelbagai sudut.
"Sebanyak 15,000 peluang pekerjaan akan diwujudkan secara langsung dan 10,000 lagi pekerjaan secara tidak langsung.
"Selain itu, sebuah universiti maritim antarabangsa akan diwujudkan di Kuantan.
"Pelajar-pelajar tempatan dan luar negara akan menuntut di kampus utama di Kuantan dan menjalani latihan amali di Kompleks ini. Universiti ini akan menjadi pusat pengajian tinggi yang pertama di Malaysia bagi sektor maritim," jelasnya.
Mohd Isa berkata, projek itu akan menjadi pemangkin kepada pembangunan pesat beberapa daerah di Pahang, terutamanya Pekan dan Kuantan.
"Industri-industri sampingan akan wujud daripada projek ini. Projek ini akan menjadi game changer kepada industri maritim di Malaysia," ujarnya.
Astro Awani
Fri Nov 03 2023
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail (tengah) menyaksikan pertukaran dokumen MoU antara Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ali Syahbana Sabaruddin dengan Mohd Isa (kiri) baru-baru ini. - Foto/ Kerajaan Negeri Pahang
Tehran adakan pengebumian besar-besaran untuk Presiden Raisi dan mangsa nahas helikopter
Rakyat Iran dari seluruh pelosok negara berhimpun di Tehran bagi menyertai upacara perarakan jenazah presiden dan mangsa-mangsa nahas.
Wee Kiong belum fikir bersara dari arena badminton
Walaupun bersara berada dalam 'pertimbangan', dia enggan terburu-buru meletakkan sebarang tempoh masa berhubung perkara itu.
HBN 2024: Polis Melaka tawar 50 peratus diskaun saman
PDRM tawar diskaun saman 50 peratus kepada pesalah trafik pada Sabtu dan Ahad ini sempena sambutan Hari Belia Negara 2024 Peringkat Kebangsaan.
Lindungi estet keempat, pastikan media arus perdana terus dipercayai - SJA
Katanya, pihak berkenaan juga perlu memastikan media arus perdana kekal sebagai sumber maklumat yang boleh dipercayai untuk masyarakat.
Kempen pemuliharaan penyu UMT dapat pengiktirafan MBOR
Universiti Malaysia Terengganu cipta sejarah apabila kempen pemuliharaan penyu yang dijalankan sekumpulan pelajarnya mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records.
Kejohanan MSSD kecoh pelajar dikatakan cuba pukul pengadil
Berdasarkan rakaman video yang tular, berlaku pergaduhan antara pemain sebelum seorang pelajar menolak pengadil secara tiba-tiba.
Program latihan, penglibatan pihak berkepentingan penting untuk basmi kemiskinan - Ahli akademik
Program latihan dan penglibatan pihak berkepentingan adalah perlu bagi menjayakan pelaksanaan reformasi yang berkesan untuk memerangi kemiskinan.
Pilihan raya Britain ditetap pada 4 Julai
Perdana Menteri United Kingdom, Rishi Sunak menetapkan 4 Julai 2024 sebagai tarikh pilihan raya negara itu.
Wanita maut, seorang cedera kereta bertembung lori kontena
Seorang wanita maut manakala seorang lagi cedera selepas kenderaan dinaiki terbabit kemalangan dengan sebuah lori kontena.
To Lam Sah kemudi kerajaan baharu Vietnam
To Lam secara rasminya mengetuai kerajaan baharu Vietnam selepas selesai mengangkat sumpah pada Rabu.
Kerajaan Pahang, Teroka Majubina meterai MoU bangunkan kompleks limbungan kapal hibrid
Syarikat Teroka Majubina Sdn Bhd dan Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang memeterai MoU bagi membangunkan sebuah Kompleks Limbungan Kapal Hibrid di Tanjung Agas, Pekan, Pahang.